Tuesday, March 20, 2012

Pangkat Di Dalam Tentera Darat Malaysia




Serah Terima Tugas Pengerusi Kor Ordnans

KUALA LUMPUR 13 Mac 2012 –Panglima Logistik Tentera Darat Mej Jen Dato’ Pahlawan Mohd Razif bin Hj Idris telah di lantik sebagai Pengerusi Kor Ordnans Diraja ke-8 menggantikan Mej Jeneral Datuk Abdulahalim bin Hj Nawi yang akan bersara wajib.
Majlis Serah Terima tugas Pengerusi Kor Ordnans Diraja yang baru itu telah diadakan di Wisma Transit, Kuala Lumpur dengan disaksikan oleh Timbalan Panglima Tentera Darat, Lt Jen Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah bin Mohd Nawawi serta para pegawai kanan Kor Ordnans Diraja.
Mej Jeneral Datuk Abdulahalim bin Hj Nawi sebelum ini telah mengambilalih tugas sebagai Pengerusi Kor Ordnans Diraja sejak 26 Apr 2006 daripada Mej Jen Dato’ Hj Khairuddin bin Hj Abu Bakar.
- Portal Rasmi army.mod.gov.my

Sunday, March 11, 2012

Strategi pertahanan tetap dipelihara: Zahid



2012/03/05

MOHD ALI  dan    Ahmad Zahid pada  majlis penyerahan Kapal Selam SMD Ouessant daripada Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan negeri Melaka di Kompleks Pelancongan Klebang, Klebang Melaka, semalam.
MOHD ALI dan Ahmad Zahid pada majlis penyerahan Kapal Selam SMD Ouessant daripada Kementerian Pertahanan Malaysia kepada Kerajaan negeri Melaka di Kompleks Pelancongan Klebang, Klebang Melaka, semalam.
Kerajaan tak dedah untuk penuhi tuntutan pembangkang

MELAKA TENGAH: Kerajaan tidak akan sewenang-wenangnya mendedahkan semua strategi dan aset pertahanan negara hanya bagi memenuhi kehendak pihak pembangkang berikutan bimbang maklumat berkenaan disalahgunakan.


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembangkang perlu berhenti memutarbelitkan fakta berhubung kemampuan aset pertahanan negara kerana kementerian sudah beberapa kali membuka ruang kepada pihak berkenaan membuktikan perkara terbabit.
“Kemampuan aset pertahanan negara sudah dibuktikan secara telus, jangan ada lagi pemutaran fakta, selain mencari perkara baru lain. Jangan jadikan ini bahan ceramah yang kemudian mengelirukan rakyat, sebaliknya dapatkan penjelasan kami dulu.

“Saya fikir tidak ada satu negara di dunia pun yang mendedahkan apa saja aset atau strategi pertahanan. Mereka ini hendak tahu semua...saya takut mereka jadi ejen dan kita tidak mahu bertindak kurang pandai dalam soal ini,” katanya selepas majlis penyerahan rasmi kapal selam SMD Ouessant Agosta 70 daripada Kementerian Pertahanan kepada kerajaan negeri di Muzium Kapal Selam, Kompleks Pelancongan Klebang di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar dan Duta Perancis ke Malaysia, Dorance Martine.

Kapal selam buatan Perancis itu adalah kapal selam latihan bermula November 2005 hingga Julai 2009. Ia dibawa pulang dari pangkalannya di Brest, Perancis pada 7 Oktober 2011 dan tiba di perairan Melaka pada 12 November 2011. 
Zahid berkata, ahli politik khususnya pembangkang diingatkan tidak mempolitikkan pembelian aset pertahanan yang dibuat kerajaan sehingga boleh menjejaskan sistem kawalan keselamatan negara.

“Mereka perlu tahu membezakan antara soal pertahanan negara dan politik, seterusnya tidak memutarbelitkan fakta. Kedua-dua perkara ini mesti ada garis pemisah,” katanya.

“Angkatan Tentera Malaysia (ATM) adalah golongan apolitikal yang bererti mereka tidak terbabit dalam politik tetapi apabila mereka terguris hati kerana isu berhubung pertahanan negara, ini menyebabkan pembangkang seperti tidak mempunyai kredibiliti” katanya.

Saturday, March 10, 2012

Ahmad Zahid janji bantu 80,000 bekas tentera tidak berpencen

2012/03/10

KUALA LUMPUR: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berjanji akan membawa isu berkaitan nasib kira-kira 80,000 bekas tentera yang tidak berpencen kepada kerajaan bagi diberi bantuan.

"Kita bawa perkara ini untuk kita bincangkan apa bentuk bantuan yang boleh diberi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persatuan Bekas Warga Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Di Raja di Kem Sungai Besi, di sini hari ini.

Zahid berkata mereka tidak mendapat wang pencen kerana tempoh perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang kurang daripada 21 tahun.
Katanya, bekas tentera yang tidak menganggotai persatuan bekas tentera juga akan dibantu bagi membolehkan mereka menerima imbuhan, memandangkan terdapat peruntukan RM50 juta yang disalur kepada Perbadanan hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di bawah Bajet 2012.

Peruntukan berkenaan akan digunakan untuk program kerjaya kedua dan juga latihan usahawan kepada bekas tentera, katanya.

Mengenai permintaan bekas tentera agar peruntukan kewangan itu disalurkan mengikut koperasi rejimen atau batalion, beliau berkata perkara tersebut sedang diteliti kerajaan.

Mengulas isu berbeza, Zahid melahirkan rasa kesal kerana pembangkang menjadikan projek penggantian kenderaan pacuan empat roda (4x4) milik ATM sebagai "mangsa" terbaru fitnah politik mereka.
"Saya telah menyatakan beberapa kali kita boleh berbeza pendapat tetapi dalam soal spesifikasi tetapi tentang aset-aset yang dibeli oleh ketiga-tiga perkhidmatan ATM ianya tidak harus dipertikaikan termasuk mempertikaikan kemampuan aset-aset berkenaan," katanya.

Katanya, perolehan kenderaan 4x4 baru itu keluaran syarikat Malaysia, Weststar Group yang mempunyai kilang di Thailand dan China, adalah lebih murah dan kos efektif berbanding Land Rover Defender, iaitu produk British.

Katanya pasukan tentera Amerika Syarikat telah membeli 10,000 unit kenderaan tentera dari Weststar, dan pasukan tentera dari negara lain seperti Thailand, Singapura dan Indonesia juga telah membuat tempahan dengan syarikat terbabit.

"Yang belum beli ialah ATM, adalah munasabah ATM menggantikan kenderaan sedia ada kerana kos pembaikian dan alat ganti mencecah harga tiga kali ganda mahal dari kenderaan Westar," katanya. -

Sumber - BERNAMA & Berita Harian OnLine

Thursday, March 8, 2012

Tanggapan ATM Goyang Kaki Salah - Menteri Pertahanan


KUALA LUMPUR 7 Jun - Tanggapan negatif sesetengah masyarakat negara ini yang sering dimomokkan oleh pihak tertentu bahawa Angkatan Tentera Malaysia (ATM) hanya 'goyang kaki' ketika negara berada di dalam keadaan aman adalah salah.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, pendekatan strategi laut biru berlandaskan konsep inovasi yang diamalkan ketika ini memastikan ATM boleh berkhidmat dalam sebarang bentuk keadaan sama ada perang mahupun aman.

Beliau berkata, dalam tempoh kurang enam bulan, Kementerian telah berjaya menembusi kejumudan dan tanggapan orang ramai mengenai pretasi dan kemampuan ATM untuk berkhidmat dengan lebih baik sehingga mampu memenangi Anugerah Inovasi Perdana Menteri 2010.

AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat Brigedier Jeneral (Kehormat)
kepada Lajim Ukin semasa hadir pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan
di Kuala Lumpur, semalam. AHMAD Zahid Hamidi memakaikan pangkat
Brigedier Jeneral (Kehormat) kepada Lajim Ukin semasa hadir pada
perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur, semalam.
"Oleh itu, pencapaian ini bukan sesuatu kebanggaan sebaliknya ia merupakan suatu kesyukuran bagi kita untuk menjadikannya suatu tapak untuk bergerak ke langkah-langkah yang seterusnya.

"Dengan harapan tidak mahu riak dan takabbur, mudah-mudahan Allah akan memberi petunjuk kepada kita supaya pelbagai kejayaan lain akan dapat digapai selanjutnya," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di Dataran Wisma Pertahanan, di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Lajim Ukin; Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Dr. Ismail Ahmad; Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Rodzali Daud dan Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) Datuk Abdul Hadi Awang Kechil.

Ahmad Zahid dalam pada itu mengingatkan warga Kementerian Pertahanan supaya tidak rasa terhina dengan tohmahan masyarakat serta tidak berasa rendah diri dengan tugas yang mereka lakukan.

Sebaliknya kata beliau, mereka perlu membuktikan bahawa tentera boleh bersama dengan rakyat dan masyarakat akar umbi dalam melakukan pertahanan menyeluruh terhadap mereka.

"Sebenarnya, kita telah dapat melakukan sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh orang lain namun perlu saya tekankan bahawa kita tidak harus berasa bangga sebaliknya bersyukur dan menjauhi rasa riak dengan kemampuan yang kita miliki," katanya.

Sementara itu, Ahmad Zahid mahu warga Kementerian Pertahanan supaya menjadikan Program Transformasi Kerajaan (GTP) sebagai panduan bagi mereka melunaskan tanggungjawab kepada negara.

Tambah beliau, mereka perlu melakukan beberapa tindakan yang dapat membantu kerajaan dan pada masa yang sama memastikan Kementerian Pertahanan berada di barisan hadapan dalam menentukan pelaksanaan GTP.

SUmber: Utusan Malaysia Online

Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012

Pelarasan gaji kuatkuasa 1 Januari 2012


2012/03/08

PUTRAJAYA: Pelarasan gaji yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini akan berkuatkuasa 1 Januari tahun ini dan dibayar mulai bulan ini atau April, kata Presiden CUEPACS, Datuk Omar Osman. 

Beliau berkata, ia berdasarkan kepada perbincangan CUEPACS dengan Perdana Menteri sebaik selesai Perhimpunan Khas Penjawat Awam Bersama Perdana Menteri di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya di sini, pagi tadi.
"Sama ada pembayaran akan dibuat secara penuh atau berperingkat, ia bergantung kepada jabatan masing-masing," kata Omar ketika ditemui di sini, hari ini.
Pada perhimpunan itu, Perdana Menteri turut mengumumkan pembatalan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dan mengembalikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik. 

Sementara itu, Najib turut mengumumkan pelarasan gaji sebanyak 13 peratus untuk Kumpulan Pengurusan dan Profesional serta Kumpulan Pelaksana Gred 1 hingga 54; sembilan peratus untuk Gred Utama dan Gred Khas C,B dan A; lapan peratus Kumpulan Turus III dan Turus II; dan tujuh peratus untuk Kumpulan Turus I dan Ketua Setiausaha Negara. - BERNAMA